BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, February 25, 2011

Peringatan Buat Diriku

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banya kekurangan dan selalu menyakiti hati dan perasaanmu, lalu kamu mencari pengganti dengan alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi, kamu pula bagaimana? Adakah kamu itu tidak pernah buat silap? Adakah kamu tidak pernah sakitkan hati si dia? Ingat!!! Kamu bukan Malaikat...

Ingatlah,

Jangan biarkan ego menguasai perasaanmu, kamu pasti akan menyesal suatu hari nanti. Mungkin pasanganmu tidak sempurna tapi kalau kamu dapa rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik... kerana...

" IKHLAS ITU TIDAK BOLEH DILIHAT TAPI BOLEH DIRASA DENGAN HATI "

Hargailah SI DIA selagi SI DIA menjadi milikmu.... 

Perasaan

" Ok la, abg dah xnak cakap. Abg da rasa lain".....
dan talian pun diputuskan....

Wednesday, February 2, 2011

Gaji

Bila nak dapat gaji? Nak gi kl mlm ni.... uuwwwaaaaaaaaaaaaa........

Monday, January 31, 2011

Demam!!!

Arini badan tak sihat... Pening kepala... Badan rasa sejuk... Adakan tanda2 nak demam? Oh tidak!!... cuti raya cina ni banyaak kenduri kawin....

Friday, January 28, 2011

Hati Yang Kau Sakiti

Malam semalam kita bertengkar lagi. Masing-masing tak mahu mengaku salah.Akhirnya air mata ini menitis lg. Bila semua ini akan berakhir?

Abang,

Syg sayangkan abang,
Syg sayangkan perhubungan ini,
Syg sayangkan ikatan yg telah terjalin antara kita,
Syg sayangkan segalanya.

Abang,

Mengapa kita selalu bertengkar?
Mengapa kita selalu bertikam lidah?
Mengapa ini semua terjadi dalam hubungan kita?
Adakah perhubungan kita ini satu kesilapan??

Abang,

Apa yang perlu syg buat?
Dan bilakah ini semua akan berakhir???

Tuesday, January 25, 2011

JoUrNeY to mY DaY....

Salam semuanya...

Semalam family my tunang datang rumah. Ingat nak bincang tarikh kahwin.. tp mungkin belum jodoh kami lg.. perjanjian yang sepatutnya bulan 2 ni ditangguhkan ke bulan 11. sob..sob... sedih la jugak... tak pe la...sabar je la dulu...
Tapi melalui perbincangan majlis tetap akan berlangsung dalam tahun ini. Mudah-mudahan akan dipermudahkan oleh Allah...
Dah lima tahun kami kenal... 15 Febuari ini genap 1 tahun pertunangan kami.. Bermacam dugaan yang telah aku lalui..sehingga terdetik dihati ini untuk mengalah...ingin pergi jauh dari dia... tapi kerana keluarga aku tabahkan hati.. tidak mahu sejarah yang lama berulang kembali.
"Ya Allah berikan hamba-Mu ini kekuatan. Sesungguhnya apa yang terjadi adalah dengan kehendak-Mu".

Wednesday, August 4, 2010

Coretan hatiku

Sayang...
Biarpun dirimu...
Tidak mahu berbicara denganku...
Tidak mahu melihat diriku...
Tidak mahu bertemu denganku...
Tidak mahu mendengar namaku...
Tidak mahu berhubung denganku...
Tapi aku...
Tidak mahu kau jauh dariku...